ok di atas ini adalah flyers gigs yang pertama kalinya di anjurkan oleh komuniti kami di penampang dengan kerjasama headhunter records dan juga deathmutt records...review untuk gigs ni akan saya ulas bila saya ada masa ya...harap bersabar...assalamualaikum saya undur diri dulu...
Selasa, 14 Mei 2013
buat masa ini saya belum ada mood lagi untuk menulis...masih penat dan banyakm kerja lagi...tapi saya ada berita baik iaitu zine pertama saya"choosing path" isu satu sudah pun berada di pasaran underground pada 4 mei 2013 yang lalu dan serentak dengan itu juga news letter saya yang di panggil "berita hairan" juga sudah rilis isu pertama selepas rilis nya isu pengenalan pada december tahun 2012 yang lalu...mau zine dan news letter saya tu? sila inbox atau tnggalkan alamat anda di blog sya ni ya...
Jumaat, 8 Februari 2013
RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......
Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.
Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?
Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?
"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.
Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?
Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.
Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.
Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?
Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?
Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.
Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.
Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.
Sabtu, 26 Januari 2013
http://www.reverbnation.com/c./poni/161795785 ini adalah lagu band saya yang bernama "penguasa anjing" sudi sudi lah dengar ya...
Jumaat, 18 Januari 2013
suratan atau kebetulan?
rasanyanya sudah hampir 8 tahun aku tidak menulis...selepas rilisnya isu ke-2 your win zine 8 tahun lalu aku terus sepi tanpa sebarang tulisan mahupun warkah...oh ya untuk yang belum mengenali aku, nama aku benadik atau nama pena aku benny pangazou (boleh cari dalam facebook juga hehehehe) atau dengan nama muslimnya mohd aidil pulian abdullah.Si scott(Deathmutt records) lagi la sandi,boleh-boleh panggil aku daddy Petrus...hahaha ya aku saudara baru bagi kamu wahai teman-teman seperjuangan yang beragama islam hehehehe...8 tahun dulu juga aku ada merilis kan zine seperti yang aku katakan sebentar tadi (yourwin zine) yang berkonsepkan h/c punk dan juga grunge dan juga menulis 2 keping news letter yang bernama "masih ada yang sayang".kepada kawan-kawan yang tidak pernah tahu akan kewujudan zine dan newsletter basi tadi memang kamu tidak akan tahu mengenai kewujudan zine dan newsletter itu tadi kerana zine dan newsletter tadi hanya dihasil untuk scene u/g inanam sahaja hehehe di copy dan di edar kepada rakan-rakan secara percuma sahaja sekitar tahun 2003 atau 2004 kalau tidak silap aku dan kepada siapa-siapa kawan-kawan di luar sana yang ada baca,simpan,bakar zine atau newsletter tadi terima kasih di ucapkan kerana masih menyimpan "khazanah karun" tu kira beruntung lah kamu sebab kategori rare sudah tu hahahaha....
kehilangan aku dalam tempoh yang lama dari scene adalah bersebab.sebab nya ialah aku sibuk dengan misi untuk mencari kehidupan dan apa yang aku mahukan dalam hidup ini...ya misi yang panjang dan bahaya rintangan nya...aku terjebak dalam budaya protes ini melalui seorang kawan aku yang waktu itu adalah peminat tegar the exploited dan dia jugalah yang selalu menyuapkan aku dengan bermacam-macam stuff punk rock samada yang import mahupun yang local dan tape pertama yang dia pinjamkan pada aku adalah tape the exploited "punk not dead" , tape no survivors , acid rain ,dan marjinal "termarjinalkan kaset" semenjak itu aku gian pada stuff2 u/g dari punk rock sampailah ke matematik 666...tapi ada sesuatu yng mengganggu perasaan aku pada ketika itu iaitu mencari identiti diri...bayangkan aku yang ketika itu berumur 15-16 tahun macam tu berdepan dengan dilemma mencorak kan/menentukan jalan hidup...ya la biasa la darah muda dan suka memberontak pantang kena sound dengan boliou(istilah orang sabah yang membawa maksud:parents) terus tak mau balik rumah lah apa lah dan macam-macam lagi kemudian di tempat kerja pun bos selalu marah-marah sebab ada saja yang aku buat tidak betul (aku bekerja seawal usia 15 tahun kerana boliou aku orang susah dan masa tu duit rm100 tu rasanya macam rm1000 memang aku terpaksa berhenti sekolah untuk memberi laluan pada adik-adik untuk sekolah tapi sayang sekali adik-adik aku tadi semua nak jadi "pengatua" diorang berhenti di tangah jalan hanya seorang dari kami 5 beradik sahaja yang aku kira berjaya...ya berjaya menghabis kan persekolahan sampai tingkatan 5) itu belum masuk kes gaduh dengan sumandak lagi dengan perbalahan dalam scene dulu-dulu memang feymes budak-budak gaduh pasal ideologi contoh nya budak yang support anti racist bergaduh dengan budak yang memperjuangkan white power (tapi pejuangnya tetap hitam hahahaha) memang huru hara juga la kadang-kadang dan aku tengok keadaan sekarang sudah jauh berubah dan budak-budak baru dalam scene sekarang matang semuanya tapi masih ada juga yang mengusung ideologi racist yang basi tu sampai begaduh pasal benda yang aku rasa kadang-kadang bodoh dan kuno...maka pada masa itu aku ambil keputusan untuk "melepaskan" apa yang orang panggil punk untuk 1 jangka masa yang aku kira agak lama sebelum aku "menyarungkan"nya semula di jiwa aku...ini kerana aku ingin mengenali siapa diri aku yang sebenarnya,apa yang aku mahu dalam hidup ini,dan apa yang ingin aku jadi samada jadi diri sendiri atau jadi diri aku yang bukan aku...dan yang paling aku tidak tahan dan hampir patah semangat untuk berdiri di dalam scene adalah banyak kawan-kawan dan juga scenester inanam cop aku poser! pasal apa? pasal aku layan semua lagu dan semua genre! adakah berdosa besar bagi seorang punkers mendengar lagu metal? adakah salah bagi seorang punkers untuk mendengar lagu dendangan john gaisah? kalau kamu fikir yang aku ni poser hanya kerana mendengar lagu yang lari dari genre punk rock,kamu silap...kerana punk bukan terletak pada fesyen , memakai patches , selalu pergi ke gigs ,berambut mohawk ,dan layan lagu punk rock 24 jam tapi punk itu letaknya di hati dan pemikiran dan pada aku muzik itu tiada sempadan dan bagi aku, masih banyak misteri yang masih belum terungkai di dalam muzik...tidak percaya? cuba sendiri aku malas!
aku tinggal kan scene,aku tnggalkan kawan-kawan seperjuangan,aku tinggalkan jacket ber"spike" dan aku tinggalkan boots yang menjadi kebanggaan aku pada masa itu...aku teruskan kehidupan sehari-harian mengikut acuan hidup yang boliou aku buat untuk aku pergi ke gereja,main muzik di gereja,bergaul dengan budak-budak yang berambut belah tengah serta mendendangkan lagu-lagu rock jiwang (kamu mesti tau kumpulan rock hensem masa tu macam kidz,boboi,newboyz dll)...yang menemani aku saat itu cuma patches rancid dan the misfits yang diberikan oleh seorang kawan pada aku dan kaset band nostalgia yang mengubati rindu pada scene jiwa aku terseksa sangat tau sebab aku sudah menjadi bukan aku yang sebenarnya...dalam senyap-senyap aku curi-curi pergi ke rumah kawan(rayner-guitarist innertruth) untuk melihat dan melepak bersama kawan-kawan yang lama tidak berjumpa...pada masa itu rayner sedang pasang cd recover (band hardcore punk ala2 strife dari singapore) kemudian terasa ada tenaga yang menggerak kan hati ku untuk bertenaga dan teruskan kehidupan kuat sungguh penangan recover ni (recover tu bermaksud pemulihan memang pulih jiwa aku selepas tu hehehehe) aku meminjamnya daripada rayner untuk dibawa pulang dan sesampai nya aku terus menikmati "pemulihan"jiwa dari recover dan cd recover itu belum lagi di pulangkan pada rayner sampai hari ini hehehehe sorry ada masa nanti aku pulangkan ya...
dan mungkin di takdirkan aku akan menjadi seorang punk kerana satu hari ada seorang pendita gereja yang berkhutbah berkata seperti ini "tuhan tidak suka kepada orang-orang yang munafik kerana orang seperti itu tidak akan menikmati kerajaan surga...mengapa kamu melihat tahi pada mata saudara kamu padahal kayu balak di depan kamu tidak kamu lihat? jadilah diri sendiri kerana kamu tidak akan hidup dengan gembira jika kamu tidak menjadi diri kamu yang sebenar nya" fuh! terus aku dapat keyakinan yang membara untuk jadi diri sendiri pada masa itu ya lah buat apa kita hidup kalau hidup yang kita jalani bukan kehendak kita? keesokan harinya aku mula memakai semula anting-anting yang menghiasi kening ku dan mula memakai semula jacket ber"spike" dan boots yang menjadi kebanggan aku pada masa itu dan bila aku ke gereja pada ahad seterusnya ramai kawan-kawan belah tengah aku yang terkejut dengan penampilan aku yang mungkin pada mata mereka aku sedang sakit otak kerana berpakaian yang pelik hahahaha lucu juga bila ingat balik bayangkan dalam kelompok jemaah gereja yang berpakaian formal cuma aku seorang sahaja yang "offside" dari carta itu hahaha dan yang membuatkan aku terharu ialah bapa ku kerana dia berkata "akhirnya kau menjadi diri kau yang sebenar...kau tidak hipokrit kerana ramai orang-orang yang nama nya ajk gereja,berseluar slack,kemeja bersterika tapi bila di luar mereka bermabuk-mabukan" hampir menangis aku waktu itu kerana bapaku tahu bahawa aku bukan lah seperti anak-anak lain yang cuma menurut kata-kata ibubapa dan menelan ajaran ibubapa bulat-bulat bagaikan robot yang telah di programkan...tapi kerana aku menghormati orang tua ku maka aku buat apa yang mereka mahu meskipun payah dan seorang bapa/ibu tahu apa yang anak nya ingin kan dan begitu juga dengan ibu bapa ku...satu sahaja pesan mereka asal aku tidak memalukan keluarga dan bijak mengatur jalan hidup yang di beri kepercayaan penuh oleh mereka untuk aku urus kan...dan alhamdullillah sampai sekarang aku masih belum mencalarkan maruah dan kepercayaan mereka kepada ku kerana apa? kerana di dalam punk aku menemukan pelajaran-pelajaran hidup yang tidak ada di ajar dalam mana-mana sekolah pun...punk mengajar kita saling hormat menghormati apatah lagi pada orang tua,punk mengajar kita bahawa kita harus berdikari tanpa menyusahkan orang lain,punk mengajar kita kasih sayang,bertoleransi,tidak mendiskriminasi kaum lain kerana kita semua sama iaitu manusia dan kita datang dari pencipta yang sama kita bersaudara cuma kepercayaan dan bahasa sahaja yang berlainan,punk membutkan aku semakin berfikiran terbuka mungkin kerana aku banyak membaca zine yang aku pinjam dari kawan dan aku beli dan ternyata banyak benda yang selama ini aku tidak pernah tahu dan aku mengetahuinya melali membaca zine dan punk mengajar aku tentang kebebasan ya kebebasan untuk bersuara,bebas mengkritik,dan berkarya tapi harus di ingat bahawa kebebasan yang kita miliki itu harus lah berpada-pada sesuaikan dengan keadaan kita dan budaya kita sebagai orang timur...tidak perlu membongkar sampah untuk makan semata-mata mahu menjadi true punk kerana makanan bukan lah satu masalah kalau kita tahu bagaimana hendak mendapatkannya melalui cara yang sepatut nya.tidak perlu tidur di kaki lima supaya kita dilihat punk sedangkan ibubapa kita sedang risau tentang kita yang mungkin sudah 2 atau 3 minggu tidak pulang ke rumah melainkan anda memang seorang yang homeless.dan tidak perlu untuk menghidu gam,menelan pil yang entah apa-apa dan menghisap dadah untuk menunjuk kan anda adalah true punk kerana jika anda membawa imej yang buruk melalui punk maka tidak hairan lah nama punk itu akan menjadi buruk begitu juga sebaliknya...aku juga tidak sempurna kerana aku juga manusia yang memang selalu buat silap namun kita harus saling ingat mengingati agar kita dapat terus membangun dan bertumbuh.mungkin juga 1 hari nanti aku akan pergi dari scene ini ya siapa tahu mungkin masa itu aku akan menjadi petani yang berjaya mahupun tauke kedai runcit yang berjaya tapi pengajaran yang aku dapat melalui punk tetap akan aku ingat seumur hidup aku.
sesudah itu aku menjalani semula kehidupan sebagai punkers kampung hehehe dikelilingi budak shuffle,dan breakdance sehingga aku terbelajar beberapa teknik atau skill tarian tersebut hahaha ternyata memang berseni juga benda-benda ni hahahaha lucu juga kalau ingat balik...aku pernah join show dengan budak2 breakdance di tempat aku ni ya la mahu mencari duit tambahan la katakan dan memang orang sanggup untuk buat apa sahaja asalkan dapat duit tapi syukur la semua kerja yang aku buat adalah halal hasil titik peluh aku sendiri...aku berkerja sebagai security pada masa ini ya tahun itu adalah 2006 sehingga 2007 aku sibuk bekerja dan pada masa yang sama aku terlibat dalam tugas menjadi penari tradisional kampung...macam biasa lah budak-budak kampung memang tidak boleh di pisahkan dengan aktiviti macam ni kalau di sabah...siang aku security dan malam nya aku belajar menari dan kesibukan ini membuatkan aku slow dalam scene slow dan seterusnya senyap sampailah ke tahun 2008 yang mana aku berpindah ke daerah panampang kerana mendapat pekerjaan sebagai penari kebudayaan di kampung budaya monsopiad...penghijrahan aku buat pertama kalinya ke daerah penampang ini membuatkan aku sedikit kekok yalah keadaan dan suasana nya memang jauh berbeza dari kampung halaman ku di daerah inanam sebagai contoh pasar malam. kalau di inanam pasar malamnya tertumpu di satu tapak sahaja sayur,kuih,ikan,baju,makanan semuanya tertumpu pada satu tempat sahaja manakala di penampang ianya berpisah-pisah orang jual kuih di tepi bangunan c.k.s, jual sayurnya di tapak tamu,jual baju nya di deretan kedai yang berpisah pisah juga...memang payah lah waktu pertama kali sampai ke penampang tapi yang bestnya penampang ni,jika kamu berhajat untuk menonton wayang,makan pizza,jamming,dan shopping maka kamu cuma perlu ke megalong shopping complex tidak perlu untuk ke k.k lagi...megalong ni satu-satunya shopping complex yang terpanjang dan besar di sabah ni tau hehehe...berbalik kepada cerita penghijrahan aku di daerah penampang ni pula,aku mula berkenalan dengan seorang kawan baru yang bernama nik aiman(drummer spermattack-pornogrind) nick ni yang selalu temankan aku skate dekat pekan penampang dan dari nick la aku berkenalan dengan scenester penampang tapi kebanyakan scenester penampang pun sudah tidak berapa aktif dalam scene lagi...cuma aku seorang sahaja yang masih tercari-cari kawan baru dalam scene penampang ini dan sendirian menjalani kehidupan sebagai seorang punkers kampung hahahaha sampai lah aku bertemu jodoh dengan isteri aku pada 2010.
bukan mudah untuk menjalani hidup berumah tangga ni tau tambahan lagi ketika suami/isteri baru hendak menyesuaikan diri dengan keadaan kita sebagai seorang punkers yang mungkin di mata mereka sebagai seorang yang bermasalah atau mungkin pengganas antarabangsa hehehehe tapi syukur alhamdulillah isteri aku dapat menerima siapa aku sebenarnya dan redha dengan aku apa adanya...aku juga semakin slow pada masa ini kerana setiap hari aku melakukan rutin yang sama iaitu bekerja,balik rumah tidur,dan begitulah seterusnya dalam sehari-harian hidup aku sekali sekala aku mencipta beberapa kerat lagu untuk aku dendangkan di kala sunyi (cis! sentimental pulak hehehe) kemudian pada satu hari ketika aku bertugas sebagai security,ya aku bekerja sebagai security pada satu hari malamnya ketika itu ada ramai orang/pelakon siri drama pangazou di sana kerana lokasi penggambaran di lakukan berhampiran tempat aku bekerja,ketika aku mendendangkan lagu marsinah nyanyian band marjinal seorang budak yang aku kira dalam belasan tahun datang menghampiri ku dan menegur aku "marjinal ka bro?" betapa terkejutnya aku kerana budak yang belasan tahun pun kenal band marjinal ni kerana setahu aku marjinal ni memang stuff dia rare gila nak dapat dan lagu-lagu dia memang scenester2 around 1997 sampai 2007 macam tu saja yang tau lagu-lagu marjinal...dan pada perkiraan aku memang budak itu masih bermain tora atau ding dang pada zaman itu...kemudian aku menjawab "ya marjinal la ni? minat ka?" budak itu menjawab "ya saya minat lagu-lagu marjinal ni kawan saya dari indonesia yang kenalkan band ni pada saya" katanya. wah! orang indonesia? siapa gerangan orang itu? apakah persis pasha ungu?ahli kolektif taring babi kah? lalu aku seperti mendapat semangat dan teruja sekali untuk mengetahui siapa kah orang yang di sebutkan oleh budak itu tadi dan untung budak itu berkata "kalau bro mau,besok saya bawa dia datang ke sini boleh ka?" aku gembira sekali kerana sepanjang pengelibatan aku dalam scene,ini kali pertama aku akan bertemu dengan seorang punkers yang berasal dari indonesia sebab memang jarang anak-anak indonesia yang bekerja di sabah adalah seorang punkers kerana kebanyakan mereka peminat tegar dewa 18, rhoma irama, sheila on 7 dan macm-macam lagi tapi berbeza dengan orang yang di maksudkan ini...la aku menjawab "ok boleh!bawa dia ke sini esok" betapa teruja nya aku ketika itu hehehehe....
kesokan malamnya budak tersebut dtang lagi dan seperti yang di janjikan nya semalam,malam ini dia bawakan khas punkers dari indonesia! bersamanya ada seorang lagi temannya dan mereka memperkenalkan diri sebagai zen(mamat indon tu la) dan tajudin dan kami berbual-bual panjang dan cerita nya memang best dia ceritakan pengalaman nya di indonesia sehinggalah di bekerja di sini...dan di pendek kan cerita kami bersepakat untuk menjalankan band yang di beri nama dis-boikot! kemudian dis-boikot berjalan lancar formasi dis-boikot pada msa itu adalah:benny pangazou-bass,tajudin-gitar,zen rextor-vox dan alan-drum(dipinjam dari band rotten disease sebagai sessionist kerana belum ada drummer tetap lagi) kemudian alan di gantikan dengan larry (dupunk-power violence) dan aku sempat menganggotai band ini sebagai bassist untuk empat persembahan sahaja iaitu: sound from garage party jamm session di papar, jeopardize at the small town gigs di deck davis studio kingfisher sepanggar sempena tour grand hotel paradox jelajah borneo, pangrok sulap gigs sempena tour pazzahora+daighila+abrasion dan yang terakhir sekali besement skatepark jamm session di megalong...selepas itu aku mengundurkan diri kerana menyedari mutu permainan bass aku tidak menepati citarasa dan tidak sesuai dengan level kumpulan hebat tersebut dan ingin menumpukan perhatian pada t-shirt printing aku dan keluarga hehehe...
ok bercerita bagaimana tertubuhnya monsopiad collective movement pula,cerita nya bermula tahun ini 2012 daripada aku,zen,scott(bassist arahkiri dan maskburn merangkap pemilik record label yang boleh di katakan tersohor di sabah iatu deathmutt records),serta anak-anak u/g yang lain bercita-cita ingin menubuhkan kan sebuah tempat di mana kawan-kawan yang jauh dan dekat dapat berkumpul,bertukar-tukar stuff yang baru mahupun yang lama,berbincang dan merangka aktiviti,print t-shirt atau patches dan melakukan kerja-kerja kemasyarakatan atau dalam bahasa indonesianya "kerja bakti" maka kami memutuskan untuk mencari sebuah rumah yang akan di sewa untuk tujuan tersebut dan di pendekkan cerita,kami menemui sebuah rumah yang ala-ala p.ramlee dalam filem ibu mertua ku (lagi cantik dari itu sebenarnya hehehe) di seberang sungai moyog berhampiran monsopiad cultural village anda hanya perlu menyeberangi sungai untuk ke tempat itu...dan kami bergotong royong untuk membersih kan rumah itu daripada serupa tongkang pecah kepada sebuah rumah/kedai dan alhamdulillah...kemudian kami bersepakat menamakan rumah kolektif itu sebagai "monsopiad colective movement"...apa itu monsopiad? monsopiad itu sebenarnya nama seorang pahlawan lagenda dari suku kaum kadazan...ketika itu zaman pergolakan yang mana orang yang lemah akan selalu ditindas oleh orang yang kuat begitu juga kaum kadazan di sini mereka selalu di rompak dan di tindas oleh lanun yang selalu menyerang kampung ini satu ketika dulu sekitar tiga ratus tahun yang lampau...asal nya orang kadazan ini adalah petani dan nelayan sungai mereka menangkap ikan untuk di jual dan hasil tani untuk di jual tapi usaha mereka bekerja keras itu di lenyapkan dalam sekelip mata oleh lanun yang sering menyerang mereka maka monsopiad pun bertindak untuk melindungi orang-orang kampung nya dari terus menjadi mangsa kepada lanun itu tadi semenjak itu orang kadazan menjadi headhunter atau pemburu kepala bagi kawasan penampang...dan kami mengaplikasikan cerita itu di dalam kehidupan kita yang selalu di "rompak " dan di tindas oleh sesetengah orang yang "berkuasa" dan wujudnya kolektif ini adalah dengan menjadi "palawan" yang mungkin akan menjadi satu lagenda dalam komuniti scene kita satu hari nanti dan merupakan salah satu dari bentuk penentangan secara halus bagi kapitalisma...maksud aku,kita buat secara d.i.y kita kurangkan kapitalisma dalam penggunaan harian kita dan kita d.i.t supaya keutuhan silaturrahim itu wujud kalangan kita di dalam keluarga kolektif ini...kepada anda di luar sana yang ingin menjadi sukarelawan atau crew di dalam kolektif ini kami mengalu-alukan kedatangan anda dan tidak semestinya anda harus minat muzik atau menjadi seorang punkers,metalhead,grinders baru anda dapat menyertai kami tidak! bila anda rasa anda bertanggungjawab kepada keadaan sekeliling dan suka hidup bermasyarakat,anda layak untuk menyertai kami dan kami menerima anda seadanya dan tidak perlu malu jika anda berkulit hitam,putih,biru,mahupun hijau kerana kami tidak mengamalkan budaya hidup berpuak-puak kerana dari hidup bermasyarakat dan pelbagai lah baru fikiran kita akan lebih terbuka dan matang insyaallah...susah senang biar kita buat bersama itu lebih baik daripada duduk diam dan berkata "kesian kamu ni penat kan" jadi angkat penyapu mari kita bergotong royong hehehe...so itulah cerita bagaimana tertubuhnya kolektif ini dan kalau berkunjung ke monsopiad cultural village singgah-singgah lah ke pondok buruk kami dan untuk maklumat lanjut boleh lah like page kami di facebook: monsopiad collective movement/headhunter records
mungkin sudah cukup aku bercerita panjang kerana itu sahaja sedikit sebanyak cerita mengenai diri aku dari dulu sampai sekarang dan seperti tajuk artikel ini "suratan atau kebetulan" aku rasa pengelibatan aku semula di dalam scene ini adalah suratan lah sebab walau kemana sahaja aku pergi elemen-elemen u/g akan tetap ada di setiap tempat seolah-olah berkata kapada aku supaya tabahkan diri walau di mana pun aku berada dan revolusi memang tidak akan selalu menang di mata rakyat...dan aku juga menegaskan bahawa betapa kita sibuk dengan urusan harian dan dan sibuk dengan scene,jangan sekali-kali kita lupa kepada urusan kita dengan tuhan kerana se"punk" mana pun kita dan se"true" mana pun kita,kita akan pulang menghadap pencipta bila masanya tiba...curi lah sedikit masa untuk "bertemu" dengan nya insyaallah berjaya dunia akhirat...mungkin kamu rasa tulisan aku ni terlalu merapu namun aku cuba untuk berbicara sejujurnya tentang hidup ini dan ingatlah layang-layang tidak akan terbang jika mengikut arah angin! layang-layang hanya dapat terbang tinggi bila ia melawan angin! fikir sendiri maksudnya...wasalam

salam pertama
salam sejahtera semua...ini adalah blog peribadi pertama saya dan saya belum lagi ada menuliskan apa2 penulisan tetapi insyallah akan ada penulisan saya nanti...keep in touch and welcome to my world
Langgan:
Catatan (Atom)